Tun Fatimah


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم






Sinopsis Tun Fatimah 

Raja di Baruh melewati Tun Fatimah lalu tertarik akan rupa paras Tun Fatimah yang cantik. Kemudian Raja di Baruh mengunjungi rumah Bendahara Seri Maharaja dan  berpendapat bahawa alangkah baiknya jika sekiranya Bendahara Seri Maharaja mempersembahkan Tun Fatimah kepada Sultan Mahmud. Walaupun begitu, Dato’ Bendahara beranggapan Tun Fatimah tidak layak menjadi pemaisuri kepada Sultan Mahmud dan Dato’ Bendahara telah memberitahu bahawa hari perkahwinan Tun Fatimah dan Tun Ali semakin tiba. 


                 
 Tun Ali dan Tun Fatimah 


Semasa majlis perkahwinan Tun Fatimah dan Tun Ali, masyarakat setempat menyambut perkahwinan dengan adat istiadat melayu dengan begitu meriah. Sultan Mahmud telah mencemar duli dengan menghadiri perkahwinan Tun Fatimah dan Tun Ali. Walau bagaimanapun, semasa Tun Fatimah dan Tun Ali menghadap Sultan Mahmud sebagai menghormati kedatangan baginda, Sultan Mahmud berasa sangat murka dan kecewa dengan sikap Bendahara Seri Maharaja kerana menyembunyikan kewujudan Tun Fatimah yang cantik rupa parasnya di luar pengetahuan baginda. Kemudian, Sultan Mahmud meninggalkan majlis perkawhinan Tun Fatimah tanpa sempat menyantap juadah yang telah disediakan oleh Dato’ Bendahara.
            Si Kitol mendapati kedatangan pedagang Portugis di perairan Selat Melaka. Kemudian, Dato' Mendaliar turut hadir menemani pedagang Portugis ke rumah Dato’ Bendahara bagi menyampaikan hajat untuk berniaga di negeri Melaka dan perkara ini dipersetujui oleh Dato’ Bendahara. Sebagai tanda penghargaan, pedagang Portugis menghadiahkan seutas kalung kepada Dato’ Bendahara. Semasa di balairung Istana, Dato’ Bendahara memaklumkan pada Sultan Mahmud akan hajat pedagang Portugis yang ingin berniaga, Namun, perkara tersebut telah dibantah oleh Dato' Mendaliar kerana berpendapat orang-orang Portugis bersikap jahat kepada golongan bawahan.
            Tun Fatimah mengarahkan anak buahnya untuk pulang ke rumah bagi mengambil kerambit tetapi dalam perjalanan orang-orang Portugis menganggu mereka. Keliang telah menyampaikan hajatnya kepada Dato' Mendaliar untuk mendapatkan Tun Fatimah, walau bagaimanapun Dato' Mendaliar memberitahu suami Tun Fatimah iaitu Tun Ali sangat handal bermain senjata. Keliang tetap dengan hajatnya untuk mendapatkan Tun Fatimah. Dato’ Mendaliar yang betanggungjawab menjadi penasihat kepada orang-orang Portugis, telah memanipulasikan perkara sebenar di balairung istana. Dato.’ Mendaliar mengaku dirinya yang menyampaikan hajat oang-orang Portugis dan bukannya Dato’ Bendahara. Nakhoda Lopez mempercayai kata-kata Dato’ Mendaliar dan telah menghadiahkan beberapa utas rantai emas kepada Dato’ Mendaliar sebagai balasan.


Orang Portugis 

            Tun Fatimah dan rakan-rakannya di ganggu oleh Dato' Mendaliar dan orang Portugis, lalu berita ini dibawa oleh Dato’ Mendaliar kepada Sultan Mahmud dengan memutar belitkan perkara sebenar. Perkhabaran berita berkaitan Dato’ Bendahara mendapatkan 10 kati emas telah diselewengkan oleh Kitol dengan mengatakan bahawa Dato’ Bendahara ingin merampas kerajaan negeri Melaka. Dato’ Mendaliar yang mendengar berita perkara telah memberitahu kepada Dato’ Laksamana Khoja Hassan supaya perkhabaran tersebut dapat disampaikan kepada Sultan Mahmud. Namun malangnya, Sultan Mahmud turut mempercayai hal tersebut tanpa mendengar nasihat Dato’ Laksamana agar menyiasat terlebih dahulu. Namun Sultan Mahmud telah memerintahkan seluruh ahli keluarga Tun Fatimah dibunuh. Walau bagaimanapun, Tun Fatimah telah dilepaskan daripada hukuman bunuh oleh Sultan Mahmud.
            Tun Fatimah dibawa ke istana Sultan Mahmud untuk dilamar menjadi permaisuri Melaka, Walau bagaimanapun, Tun Fatimah terpaksa bersetuju menjadi isteri Sultan Mahmud setelah mendengar pengakuan Tun Busu untuk menyiasat hukuman bunuh yang dijatuhkan kepada ahli keluarga Tun Fatimah. Tun Busu bertemu dengan Dato ‘ Mendaliar dan perbalahan berlaku kerana Tun Busu mengetahui bahawa Dato’ Mendaliar banyak mempengaruhi Sultan Mahmud dalam pemerintahan. Tengku Ahmad dan Tun Busu datang menghadap Sultan Mahmud dan menceritakan keadaan dan peristiwa yang sebenar kepada Sultan Mahmud dan Sultan Mahmud bersetuju untuk menyiasat fitnah yang dilemparkan oleh Dato’ Mendeliar.
            Tun Fatimah dan pembantunya menangkap Kitol yang merupakan anak buah Dato’ Mendeliar, dan membawa Kitol ke istana Sultan dan Sultan turut memerintahkan Dato’Mendaliar dan Laksamana Khoja Hasssan untuk datang menghadap. Selepas mengetahui bahawa fitnah berpunca daripada Dato’ Mendaliar, lalu Sultan Mahmud menjatuhkan hukuman kepada Dato' Laksamana untuk buang negeri dan dilucutkan jawatan kepada serta hukuman sula kepada Kitol dan Dato’ Mendeliar. Akhirnya, Tun Fatimah sendiri yang membunuh Kitol dan Dato’ Mendeliar di balairung istana. Sultan Mahmud berasa sangat menyesal atas kesalahan dan kelemahannya dalam kepimpinan dengan terkorbannya Bendahara seri Maharaja. 



Perbezaan antara hikayat Salatus Salatin dengan Movie Tun Fatimah

Tun Fatimah berkahwin dengan Tun Ali 





BAHAGIAN  1


DALAM FILEM

    DALAM HIKAYAT MELAYU

           Terdapat sebuah kisah yang menceritakan tentang seorang gadis anak kepada Bendahara Seri Maharaja yang bernama Tun Fatimah. Tun Fatimah mempunyai rupa yang cantik. Mukanya seperti bulan purnama. Semakin bertambah cantik apabila Tun Fatimah memakai pakaian yang elok-elok dan tidak sesiapa akan melarang apa yang Tun Fatimah mahu pakai. Tun Fatimah mempunyai seorang abang yang bernama Tun Hassan Temenggung dan memiliki rupa yang kacak.  

          Setelah Tun Fatimah dewasa, Bendahara Seri Maharaja ingin mengahwinkan Tun Fatimah dengan Tun Ali, anak Seri Nara Diraja. Suatu hari, Raja di Baruh datang ke rumah Bendahara Seri Maharaja. Raja di Baruh ialah ayah saudara kepada Sultan Mahmud Syah, saudara Sultan Alau’d-Din Syah yang tua sekali. Bendahara Seri Maharaja telah menunjukkan Tun Fatimah kepada Raja di Baruh dan baginda memandang Tun Fatimah dengan muka yang hairan. Maka tanya Raja di Baruh pada Bendahara Seri Maharaja, adakah sultan pernah melihat Tun Fatimah? Bendahara Seri Maharaja menjawab belum. Raja di Baruh ingin bercakap sesuatu dengan Bendahara Seri Maharaja tetapi dengan meminta izin dari Bendahara Seri Maharaja dahulu Bendahara Seri Maharaja terus bertanya apakah yang mahu dicakapkan, beritahu sahajalah kepadanya. Maka kata Raja di Baruh, Tun Fatimah mempunyai paras yang cantik, menurut Raja di Baruh tidak sepatutnya Tun Fatimah dikahwinkan dengan orang kebanyakkan atau biasa-biasa. Raja di Baruh berharap Bendahara mendengar katanya dan janganlah dikahwinkan Tun Fatimah lagi. Sebaiknya tunjukkanlah dahulu kepada Yang Dipertuan. Kerana sekarang negeri Melaka ini tiada raja perempuan, kerana permaisuri Pahang sudah mangkat; yang istiadat raja Melayu, apabila tiada beraja perempuan, anak Bendaharalah akan jadi raja perempuan. Maka sahut Bendahara Seri Maharaja, dengan berkata dia ialah orang yang tidak baik jadi sepatutnya bersama orang yang tidak baik juga. Maka kata Raja di Baruh, lakukanlah seperti mana yang Bendahara suka dan sebagai orang tua Raja di Baruh hanya mengingatkan sahaja.

          Setelah itu, maka Bendahara Seri Maharaja pun mengahwinkan anaknya, Tun Fatimah dengan Tun Ali, anak Seri Nara Diraja. Pada hari perkahwinan, Sultan Mahmud Syah pun dipersilakan oleh Bendahara Seri Maharaja akan mengadap anaknya kahwin itu. Setelah Sultan Mahmud Syah datang, maka Tun Ali beraraklah, kahwin dengan Tun Fatimah. Maka kata Sultan Mahmud Syah pun masuklah ke dalam rumah Bendahara Seri Maharaja mengadap orang bersuap-suapan itu. Setelah Sultan Mahmud Syah melihat rupa Tun Fatimah itu, maka baginda pun hairan; maka inginlah rasa baginda akan Tun Fatimah seperti kata syair:

                                              Ma yarji’u al-tarfu ‘ainnuhu ‘inda ru’yatihi,                        
                                                  Hatta yu’ ada i-laiya al-tarfa musytaqu.

           Sultan Mahmud Syah melihat Tun Fatimah tanpa berkelipkan kelopak mata dan bertambah dendamnya terhadap Bendahara Seri Maharaja. Maka baginda berkata dalam hatinya, bahawa Pak Mutahir jahat kerana tidak menunjukkan Tun Fatimah kepadanya. Maka Sultan Mahmud Syah pun berdendamlah akan Bendahara Seri Maharaja. Setelah selesai Tun Fatimah dan Tun Ali kahwin, maka Sultan Mahmud Syah pun berangkatlah ke istana baginda, tanpa bersantap, tetapi perasaan Sultan Mahmud Syah terhadap Tun Fatimah tetap ada. Maka Sultan Mahmud Syah sentiasa mencari cedera akan Bendahara Seri Maharaja. Setelah berapa lamanya Tun Ali berkahwin dengan Tun Fatimah, maka Tun Fatimah telah melahirkan seorang anak perempuan, yang bernama Tun Terang dan rupa parasnya juga baik.
           

Bahagian 2 

Tun Fatimah dikacau oleh Orang Portugis ketika hendak bersilat 





Ketika Tun Fatimah ingin pergi bersilat bersama kawan-kawanya telah dikacau oleh orang Portugis. Kedatangan orang Portugis ke Tanah Melaka dan berjumpa dengan Bendahara Seri Maharaja hanyalah untuk meniaga..Tun Fatimah dikacau oleh orang Portugis dan perkara itu telah menyebabkan orang portugis itu ditampar dan melarikan diri. Orang Portugis meminta pertolongan daripada Dato’ Mendaliar untuk membawa lari Tun Fatimah dan akan diberikan pampasan. Dato’ Mendaliar berjumpa dengan Nahkoda Lopez dan menipunya dengan menyatakan bahawa Datuk Bendahara Seri Maharaja tidak ingin membantu orang Portugis dalam urusan perniagaan.

 Tun Fatimah dikacau ketika bersama kawan-kawannya, namun Tun Hassan Temenggung yang ada dikawasan itu berjaya menolong Tun Fatimah dan kawan-kawanya. Kedatangan Orang Portugis di Melaka telah mendatangkan banyak keburukan dan menyebabkan Sultan Mahmud menitahkan bahawa melarang Orang Portugis berniaga dan mengusir mereka dari Melaka. Dato’ Mandaliar memberitahu Nahkoda Lopez perkara ini dan menyebabkan ia marah dan mahu pulang ke Goa. Anak kapal Nahkoda Lopez telah menahan seorang anak buah Datuk Bendahara Seri Maharaja dan ini menyebabkan berlaku pertarungan diantara anak kapal Nahkoda Lopez dengan anak buah Datuk Bendahara Seri Maharaja disertai oleh Tun Fatimah dan Tun Ali. Pertarungan ini telah menyebabkan Nahkoda Lopez marah dan mahu berperang dengan Kerajaan Melaka. 




Bahagian 3 

Dalam Cerita

Kitol datang ke rumah Dato' Mendaliar bersama seorang lelaki India. Dia memberitahu yang kedai Mayam dirobohan oleh Tun Hassan Temenggung dan juga memberitahu yang kedai Nina Sura Dewana tidak dirobohkan.

          Ini menyebabkan Dato' Mendaliar marah dan mahu berjumpa dengan Nina Sura Dewana. Dato' Mendaliar berjumpa dengan Nina Sura Dewana dan marah dia kerana mengapa kedai dia tidak dirobohkan. Dato' Mendaliar dan Nina Suradana berjumpa dengan Dato' Bendahara untuk menyelesaikan masalah ini. Namun disebabkan oleh waktu yang tidak sesuai, Dato' Bendahara menyuruh mereka untuk datang semula pada esok hari.

Pada malam itu, Nina Sura Dewana datang berjumpa dengan Dato' Bendahara mengenai masalah ini dan Nina Suradana memberi Dato' Bendahara emas sebagai hadiah dan perbuatan ini di nampak oleh Kitol. Kitol memberitahu perkara ini kepada Dato' Mendaliar dan Dato' Mendaliar mengganggap Kitol sebagai kawan baik dia dan menghapuskan hutang Kitol. Dato' Mendaliar berasa marah dan memberitahu Laksamana Koja Hassan dengan memutar belitkan perkara sebenar.

Dalam Hikayat

Dato' Mendaliar datang ke rumah Bendahara dan membawa Nina Sura Dewana kerana tidak berpuas hati dengan kedainya dirobohkan oleh Tun Hassan Temenggung. Namun disuruh pulang oleh Bendahara kerana hari sudah petang. Dirumah Nina Sura Dewana berfikir yang Dato' Mendaliar seorang yang kaya dan takut Bendahara menyokong Raja Mendaliar, maka dia akan berjumpa dengan Bendahara dan membawa emas sebanyak sebahara.

Setelah datang ke rumah Bendahara, Nina Sura Dewana pun menyuruh orang suruhan Bendahara untuk menghadap. Lalu Bendahara keluar dan menjemput Nina Sura Dewana masuk ke dalam rumahnya. Sebaik sahaja masuk ke dalam rumah, Nina Sura Dewana pun menyerahkan emas sebanyak sepuluh kati kepada Bendahara. Nina Sura Dewana pun menyatakan bahawa emas tersebut diberikan kepada Bendahara untuk membeli sirih pinang dan Bendahara menerimanya.


Kitol datang ke rumah Raja Mendaliar 



Perkara itu di lihat oleh Kitol lalu Kitol datang ke rumah Dato' Mendaliar dan memberitahu Dato' Mendaliar bahawa Nina Sura Dewana datang ke rumah Bendahara dan memberikan emas untuk membunuh Dato' Mendaliar. Dato' Mendaliar marah dan memberitahu yang hutang Kitol kepadanya dihapuskan kerana Kitul memberitahu perkara ini dan mengganggap Kitol sebagai saudaranya dan membenarkan ia balik. Selepas Kitol balik, Dato' Mendaliar datang berjumpa dengan Laksamana Khoja Hassan dengan membawa barang perhiasan dan emas yang banyak. Dato' Mendaliar masuk ke dalam rumah Laksamana Khoja Hassan dan memberikan barang perhiasan kepadanya dan menyatakan bahawa Bendahara ingin menderhaka kepada Sultan dengan menempah cerek emas dan kaus emas. Laksamana Khoja Hassan termakan  dengan finah Dato' Mendaliar dengan menyampaikan perkara tersebut kepada Sultan Mahmud Syah.

Bahagian 4 

Hukuman mati Datuk Bendahara,  Datuk Seri Nara Diraja, Tun Hassan Temenggung dan Tun Ali




Dalam Cerita

Laksamana Khoja Hassan datang mengadap Tuanku Sultan bahawa Datuk Bendahara ingin merampas kerajaan Melaka dari Tuanku Sultan.Tuanku Sultan marah dan memberitahu Laksamana Koja Hassan apakah bukti dan Laksamana Khoja Hassan memberitahu yang Datuk Bendahara menempa cerek emas dan kaus emas. Tuanku Sultan marah dan memerintah untuk menamatkan riwayat Datuk Bendahara. Hal ini dihalang oleh Zainal namun dimarah oleh Tuanku Sultan dan disuruh keluar. Tuanku memanggil Tun Sura Diraja dan Tun Indera Segara untuk menamatkan riwayat Datuk Bendahara dan ahli keluarganya. Tuanku marah dan mengingat kembali ini sebabnya Datuk Bendahara tidak mengenalkan baginda dengan Tun Fatimah.
Tun Sura Diraja dan Tun Indera Segara datang ke rumah Datuk Bendahara dan memberitahu Datuk Bendahara bahawa dia diperintah mati oleh Tuanku Sultan. Datuk Bendahara akur terima namun tidak oleh Tun Hassan, Tun Ali dan Tun Fatimah namun dimarahi oleh Datuk Bendahara dan menerima perintah dari Tuanku Sultan. Datuk Bendahara menganggap hanya dia sahaja dihukum namun kesemua ahli keluarganya juga diperintah bunuh. Mereka kesemua bergerak ke tempat hukuman.
Datuk Bendahara disuruh melutut dan sebelum dibunuh Datuk Bendahara mengucap dan dihukum bunuh dahulu dan diikuti oleh Datuk Seri Nara Diraja, Tun Hassan Temenggung dan Tun Ali. Namun ketika Tun Aki  hendak dihukum, Tun Fatimah enggan dan menggugut untuk mengamuk tetapi Tun Ali tetap dihukum bunuh. Raja Zainal datang dan menghentikan hukuman supaya keturunan Bendahara Seri Maharaja masih dapat dilahirkan.

Dalam Hikayat.

Laksamana Koja Hasaan datang menghadap Sultan Madmud dan memberitahu Sultan yang Bendahara Seri Maharaja ingin memderhaka dan menjadi Sultan Melaka yang baru. Setelah mendengar perkara yang disampaikan oleh Laksamana Koja Hasaan, Sultan Mahmud yang marah dengan Bendahara Seri Maharaja yang tidak mengenalkan Sultan dengan anaknya iaitu Tun Fatimah, maka dia mengarahkan Tun Sura Diraja dan Tun Indera Segara untuk membunuh Bendahara dan ahli keluarganya. Tun Sura Diraja dan Tun Indera Segara pun berangkat ke rumah Bendahara untuk melaksanakan hukuman. Kawasan rumah Bendahara penuh dengan anak buah Bendahara sambil membawa senjata. Tun Hassan Temenggung ingin melawan namun dihalang oleh Bendahara kerana pantang melayu menderhaka.

            Mendengar itu, Tun Hassan Temenggung pun menjatuhkan senjata dan memberitahu kepada anak buahnya sesiapa yang melawan akan didakwa di akhirat. Mendengar itu, semua anak buah Bendahara beredar dan tinggallah Tun Sura Diraja dan Tun Indera Segara bersama-sama Bendahara Seri Maharaja dan ahli keluargnya. Tun Sura Diraja dan Tun Indera Segara masuk ke dalam rumah dan membawa keris Sultan Mahmud Syah dan dikeluarkan dihadapan Bendahara Seri Maharaja. Seakan tahu nasid yang batal dilaluinya, Bendahara Seri Maharaja rehda akan perkara yang bakal dilaluinya. Bendahara Seri Maharaja mengambil air sembahyang dan menegur perbuatan anaknya iaitu Tun Hassan Temenggung yang ingin membuang peti emas ke dalam air. Bendahara menyatakan yang Sultan membunuh mereka bukan kerana emas yang mereka milikinya, tapi sekiranya Sultan mahu emas itu maka mereka merelakannya. Dengan itu, tidak jadilah Tun Hassan membuang peti emas itu. Dengan itu maka terbunuhlah Bendahara Seri Maharaja  dan Seri Nara Diraja dan Tun Hassan Temenggung, dan Tun Ali, suami Tun Fatimah oleh Tun Sura Diraja dan Tun Indera Segara.

Bahagian 5 

DALAM FILEM

Setelah keluarga Tun Fatimah dihukum bunuh, Tun Fatimah sering termenung di tepi tasik kerana kesedihan atas malang yang menimpa dirinya. Lela Sari mengajak dan memujuk Tun Fatimah untuk makan dan minum. Kemudian Raja Zainal datang menghampiri Tun Fatimah untuk memujuknya. Setelah itu, Datuk Mandaliar ternampak Tun Fatimah dan Raja Zainal. Datuk Mandaliar memfitnah mereka dan memberitahu Sultan Mahmud Shah bahawa Raja Zainal ingin memikat hati Tun Fatimah. Sultan terus mempercayai kata-kata Datuk Mandaliar. Sultan telah memerintahkan pengawal istana untuk membunuh Raja Zainal. Pada malam tersebut, Raja Zainal telah berjumpa dengan Tun Fatimah. Semasa Raja Zainal dan Tun Fatimah berdua-duaan, mereka dikepung oleh pengawal istana. Kemudian Raja Zainal dibunuh oleh pengawal istana kemudian Tun Fatimah dibawa ke istana untuk dipersembahkan kepada Sultan Mahmud Shah.




Sultan Mahmud Shah ingin berkahwin dengan Tun Fatimah. Pada mulanya, Tun Fatimah menolak pinangan Sultan Mahmud Shah. Kemudian, anak buah Bendahara Seri Maharaja, Tun Busu atau sepupu Tun Fatimah menghadap Sultan Mahmud Shah. Tun Busu memaksa Tun Fatimah untuk berkahwin dengan Sultan Mahmud Shah pada mulanya akan tetapi setelah adanya perbincangan rahsia tentang maksud perkahwinan, maka Tun Fatimah telah bersetuju untuk menjadi permaisuri Melaka. Perkahwinan Tun Fatimah dengan Sultan Mahmud Shah merupakan peluang besar bagi Tun Busu untuk menyiasat semula hukuman bunuh yang dijatuhkan kepada keluarga Tun Fatimah. 


Dalam Hikayat

    Tiada keterangan mengenai Raja Zainal yang ingin memikat Tun Fatimah malah diterangkan bahawa Sultan Mahmud Shah amat mencintai Tun Fatimah sehingga Tun Fatimah jatuh hati padanya. Babak dalam filem pula, Sultan telah memerintahkan pengawalnya untuk membunuh Raja Zainal kerana takut Tun Fatimah jatuh hati pada adiknya iaitu Raja Zainal namun babak ini tidak ada dalam hikayat. Selain itu, babak dalam filem meletakkan Tun Busu sebagai anak saudara Tun Bendahara yang ingin menyiasat angkara siapa yang menghasut Sultan untuk menghukum bunuh Tun Bendahara. Dengan itu, Tun Busu merestu perkahwinan Tun Fatimah dengan Sultan Mahmud Shah. Namun babak ini tidak diterangkan dalam hikayat salatus salatin.



Bahagian 6


DALAM FILEM 

           Lalu Tun Busu dan Tengku Ahmad mengambil keputusan untuk menemui Raja Mendaliar bagi menyiasat perkara yang sebenar disebalik kematian Bendahara Seri Maharaja. Bak kata Raja Mendaliar hubungannya dengan ayahanda Tengku Ahmad ibarat isi dengan kuku. Jika hitam kata Raja Mendaliar maka hitamlah jika putih katanya maka putihlah kerana Sultan Mahmud sungguh percaya akan setiap berita yang disampaikan olehnya. Sultan Mahmud Syah telah terpengaruh dan percaya mendengar akan kata-kata yang direka oleh Raja Mendaliar.



            Setelah mengetahui hal yang sebenar Tun Busu dan Tengku Ahmad bergegas pulang ke istana untuk menceritakan hal yang sebenar kepada Sultan Mahmud. Kemudian, Tengku Ahmad mempersoalkan kepada ayahandanya tentang tugas bendahara ketika masih hidup sebagai nasihat kepada sultan tetapi kenapa tidak  diikutnya nasihat bendahara malahan lebih mempercayai kata-kata orang lain.Selepas itu, Tengku Ahmad dan Tun Fatimah meminta Sultan Mahmud untuk menyiasat semula tentang perkara ini kerana semua ini adalah fitnah dan tipu muslihat daripada Raja Mendaliar dan Kitol.






         Tun Fatimah,Tun Anum dan Dang Rani mengambil keputusan untuk menyerang Raja Mendaliar secara senyap-senyap pada waktu malam dengan berpakaian menyamar sebagai lelaki.Raja Mendaliar berasa sangat takut dan berlari menuju ke istana setelah di kejar oleh mereka.Tun Fatimah berjaya menangkap si Kitol iaitu pengikut Raja Mendaliar sebagai saksi kerjasama mereka dalam merancang semua perkara ini.Akhirnya Sultan Mahmud sangat marah kepada mereka dan dalam masa yang sama Tun Fatimah menikam Raja Mendaliar dan si Kitol secara tiba-tiba tanpa belas kasihan. Manakala, Sultan Mahmud sangat terkejut akan tindakan Tun Fatimah itu lalu memukulnya sehingga tertanggal tengkolok yang dipakai Tun Fatimah yang menyamarnya sebagai lelaki. Sultan Mahmud sangat sedih dan berduka dengan dirinya sendiri dengan  apa yang telah dia lakukan kepada Tun Fatimah lalu meminta maaf akan perbuatannya itu. Setelah peristiwa itu terbongkar, kehidupan Tun Fatimah dan Sultan Mahmud Syah hidup bahagia dan sejahtera.

Dalam Hikayat

             Setelah Sultan Mahmud  melakukan siasatan baginda mendapati bahawa fitnah itu datangnya daripada Kitol dan Raja Mendaliar. Maka baginda mengarahkan untuk membunuh Raja Mendaliar dan musnahkan segala hartanya. Manakala, Kitol dijatuhkan hukuman dengan disula dalam keadaan melintang bersama-sama anak dan isterinya. Nasib  Laksamana Khoja Hassan pula  dilucutkan segala pangkatnya  dan segala kejahatannya tidak dimaafkan oleh baginda walaupun dia tidak dihukum bunuh .Akhirnya Sultan Mahmud memberikan tahta kepada anaknya Sultan Ahmad Syah,lalu baginda meninggalkan kerajaan dengan  membawa diri ke hulu Melaka,pada suatu tempat bernama Kayu Ara dan ditemani oleh Sang Sura. Justeru itu, hasil perkahwinan Tun Fatimah dan Sultan Mahmud Syah mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu dua putera dan dua puteri, di antaranya adalah Raja Ala’uddin @ Muzzafar Shah @ Kamal Amirul Ar’Rashid Ibni Sultan Mahmud Syah 1499-1601 ( Raja Muda Mahkota Melaka), Raja Raden Ali Ibni Sultan Syah 1513-1564 (Sultan Johor ke-2), Raja Puteh dan Raja Khadijah.



link Cerita Tun Fatimah Di Youtube ; https://www.youtube.com/watch?v=vsFjKVGJMFQ



Ulasan